UPM Institutional Repository

Hubungan Antara Efikasi Swadiri Kaunselor Dengan Iklim Sekolah


Citation

Haron, Suzana (2010) Hubungan Antara Efikasi Swadiri Kaunselor Dengan Iklim Sekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan sama ada terdapat hubungan di antara iklim sekolah dengan efikasi swadiri kaunselor. Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang kaunselor yang dipilih secara rawak dari 40 buah sekolah menengah di negeri Kelantan. Alat kajian yang digunakan ialah terdiri daripada soal selidik yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian A mengandungi Latarbelakang Responden / Demografi. Bahagian B mengandungi soal selidik School Level Environment Questionnaire (SLEQ), manakala Bahagian C mengandungi soal selidik School Counselor Self-Efficacy Scale (SCSE). Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS. Analisis statistik yang diguunkan ialah Pekali Kolerasi Pearson dan analisis Regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim sekolah dengan efikasi swadiri kaunselor, r = .302, p < .05. Secara lebih terperinci hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim sekolah subskala perhubungan di sekolah dengan efikasi swadiri kaunselor, r = .235, p < .05. Sebaliknya hasil kajian tidak menunjukkan hubungan di antara iklim sekolah subskala penglibatan membuat keputusan dengan efikasi swadiri kaunselor, r = .182, p > .05. Seterusnya hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim sekolah subskala inovatif dengan efikasi swadiri kaunselor, r = .210, p < .05. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim sekolah subskala sokongan pelajar dengan efikasi swadiri kaunselor, r = .240, p < .05. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim sekolah subskala mempunyai sumber maklumat yang mencukupi dengan efikasi swadiri, r = .305, p < .05. Manakala keputusan analisis Regresi pula menunjukkan bahawa iklim sekolah merupakan peramal yang signifikan kepada efikasi swadiri kaunselor, F(100) = 9.84, p < .05. Dapatan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan panduan kepada kaunselor dan pendidik kaunselor tentang kepentingan efikasi swadiri kaunselor. Perhatian yang serius kepada perkembangan diri kaunselor adalah sangat penting bagi memastikan kaunselor yang baik dihasilkan dalam proses pendidikan kaunselor. Begitu juga dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia supaya dapat menyediakan suasana yang lebih kondusif bagi meningkatkan tahap profesionalisme kaunselor sekolah.


Download File

[img] PDF
FPP_2010_12_F.pdf

Download (246kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counselors - Malaysia.
Subject: Self-efficacy - Malaysia.
Subject: Classroom environment - Malaysia.
Call Number: FPP 2010 12
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Mar 2013 07:35
Last Modified: 21 Mar 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19550
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item