UPM Institutional Repository

Simptom Awal dan Tahap Kesakitan Muskuloskeletal dalam Kalangan Pekerja Wanita Industri di Bangi, Selangor, Malaysia


Citation

Azman, Nurul Amirah (2011) Simptom Awal dan Tahap Kesakitan Muskuloskeletal dalam Kalangan Pekerja Wanita Industri di Bangi, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kesihatan dan keselamatan pekerja bergantung kepada situasi tempat kerja yang fleksibel dan selamat serta ianya merupakan salah satu daripada aspek dalam pembangunan manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti simptom awal dan kesakitan muskuloskeletal dalam kalangan pekerja wanita industri di Bangi, Selangor, Malaysia. Seramai 131 orang responden terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan kebetulan. Kajian ini mengadaptasi Nordic Musculoskeletal Disorder Questionnaire dan simptom awal berdasarkan klasifikasi tahap-tahap tertentu daripada rungutan para pekerja. Hasil kajian menunjukkan seramai 74 orang responden mengalami simptom awal di tahap satu dan 57 orang responden mengalami simptom awal di tahap 2. Manakala, seramai 57 orang responden mengalami kesakitan muskuloskeletal di tahap rendah, diikuti 25 orang responden mengalami kesakitan muskuloskeletal di tahap sederhana dan seterusnya 49 orang responden mengalami kesakitan muskuloskeletal di tahap tinggi sepanjang 12 bulan yang lepas. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara simptom awal dan kesakitan muskuloskeletal (χ²(2,N=131)=49.78,p<0.001). Jenis pekerjaan yang memerlukan pekerja melakukan banyak pergerakan fizikal seperti melakukan pergerakan yang sama berulang kali, kedudukan postur tubuh badan yang statik dan sukar, cenderung menyebabkan pekerja mengalami kesakitan muskuloskeletal. Seterusnya, kesakitan muskuloskeletal ini juga menyebabkan pekerja mudah mengalami simptom psikologi. Kekeliruan dan konflik terhadap pekerjaan yang dilakukan berulang kali menyebabkan seseorang pekerja itu mudah marah. Berdasarkan daripada dapatan kajian, kesimpulan yang boleh dibuat adalah mana-mana program pencegahan untuk mengawal atau mengurangkan kesakitan muskuloskeletal dalam kalangan pekerja wanita industri, harus memfokuskan untuk mengurangkan pergerakan fizikal yang keterlaluan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2011_9.pdf

Download (567kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Musculoskeletal system - Diseases - Selangor
Subject: Women industrialists - Selangor
Call Number: FEM 2011 9
Chairman Supervisor: Haslinda Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 15 Apr 2014 04:45
Last Modified: 15 Apr 2014 04:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19469
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item