UPM Institutional Repository

Pembentukan Pola Pakaian Kanak-Kanak Pra Sekolah Berdasarkan Kajian Antropometri di Kota Tinggi, Johor


Citation

Bari, Siti Balkis (2011) Pembentukan Pola Pakaian Kanak-Kanak Pra Sekolah Berdasarkan Kajian Antropometri di Kota Tinggi, Johor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji ukuran antropometri dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah bagi membentuk pola pakaian. Masalah seperti tiada pakaian yang sesuai dengan tubuh badan kanak-kanak di Malaysia menyebabkan kajian ini dilakukan. Kajian ini dijalankan di sebelas buah Tabika Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kota Tinggi Johor. Seramai 220 orang responden telah diambil ukurannya. Responden terdiri daripada 107 orang kanak-kanak lelaki dan 111 orang kanak-kanak perempuan. Maklumat responden dan ukuran-ukuran responden diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian utama iaitu latar belakang responden dan ukuran-ukuran badan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS) bagi mendapatkan nilai peratusan, kekerapan, purata dan sisihan piawai. Bagi meneliti perbezaan ukuran antara jantina dan umur responden, ujian-t sampel tidak bersandar telah digunakan. Daripada statistik deskriptif, didapati responden mempunyai ukuran antropometri yang sederhana dan pertumbuhan responden mengikut carta pertumbuhan ketinggian kanak-kanak. Pengujian hipotesis juga menunjukkan terdapat perbezaan yang singnifikan ukuran panjang pinggang ke punggung antara jantina responden (t=1.037, p=.008). Terdapat juga perbezaan yang singnifikan ukuran panjang belakang badan antara jantina (t=1.620, p=.027). Terdapat perbezaan yang singnifikan ukuran lilitan pegelangan kaki antara umur responden (t=3.478, p=.03). Berdasarkan ukuran antropometri responden, saiz pakaian responden telah berjaya dibentuk. Terdapat tiga saiz yang telah dibentuk. Saiz-saiz tersebut ialah saiz S (kecil), saiz M (sederhana) dan saiz L (besar). Didapati responden yang mempunyai ketinggian badan iaitu 116 sm tergolong dalam saiz L (besar), ketinggian badan iaitu 110 sm tergolong dalam saiz M (sederhana) manakala responden yang mempunyai ketinggian 104 sm tergolong dalam saiz S (kecil). Pola pakaian iaitu pola kemeja, pola blaus dan pola seluar juga telah dibentuk berdasarkan saiz yang diperolehi daripada kajian ini. Pola pakaian yang dibentuk adalah bersaiz M (sederhana). Kajian ini membuktikan bahawa untuk mendapat pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan pola pakaian yang bersaiz tepat diperlukan. Untuk mendapatkan saiz yang tepat tinjauan antropometri ke atas populasi perlu dilakukan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2011_2.pdf

Download (934kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Anthropometry - Johor - Case studies
Subject: Children's clothing - Pattern design - Johor
Subject: Pattern design of clothing
Call Number: FEM 2011 2
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mumtazah bt Othman, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 05 Jun 2014 06:47
Last Modified: 12 Jun 2014 07:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19463
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item