Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Dirasmikan – Miliki Hospital Termoden Asia Tenggara

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Dirasmikan – Miliki Hospital Termoden Asia Tenggara.

[img] PDF
81Kb

Abstract

SERDANG, 1 NOV – Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar yang menempatkan Hospital Veterinar Universiti (UVH) Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu hospital veterinar baru yang pertama di Malaysia dan memiliki kemudahan moden tercanggih di Asia Tenggara dirasmikan hari ini. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar dalam ucapannya berkata hospital itu juga merupakan hospital pengajaran veterinar pertama di Malaysia dan dilengkapi dengan kemudahan mengikut piawaian veterinar antarabangsa. Katanya hospital itu merangkumi Unit Haiwan Besar, Unit Haiwan Kesayangan, surgeri, 12 makmal diagnosis, 7 dewan bedah, klinik bergerak, unit farmasi serta unit radiologi dan pengimejan. “Wad haiwan besar dan wad haiwan kesayangan, masing-masing boleh merawat 40 ekor dan 80 ekor haiwan dan berupaya merawat haiwan sebanyak 50 kes sehari. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan di hospital ini mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali klinik bergerak selama 24 jam. “Seramai 50 orang pakar runding, 22 pegawai veterinar dengan 60 staf sokongan pelbagai kategori berkhidmat di hospital ini yang telah memulakan operasi di kompleks baharu pada Januari lalu,” katanya mengenai hospital yang dibina dengan kos RM28 juta seluas 5,158 meter persegi.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18573
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:30 Nov 2011 03:46
Last Modified:27 May 2013 07:59

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Nov 2011 03:46.

View statistics for "Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Dirasmikan – Miliki Hospital Termoden Asia Tenggara"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.