UPM Institutional Repository

UPM bolot 5 Anugerah Akademik Negara


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM bolot 5 Anugerah Akademik Negara. [UPM News]

Abstract

KUALA LUMPUR, 10 Okt - Lima ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) menempa sejarah apabila membolot empat daripada enam kategori utama Anugerah Akademik Negara (AAN) 2010 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. AAN merupakan anugerah tahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi pengiktirafan sumbangan ahli akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dalam bidang masing-masing kepada bidang akademik, penyelidikan, masyarakat dan negara. Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Omar Abdul Rahman, mantan Dekan pertama Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan UPM dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara yang mengiktiraf pencapaian dan sumbangan beliau semasa dan selepas kerjaya akademiknya. Pemenang UPM kategori lain ialah Profesor Madya Dr. Mohamad Pauzi Zakaria dari Fakulti Pengajian Alam Sekitar (Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal) dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dari Fakulti Perubatan Veterinar (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk). Bagi kategori Anugerah Pengajaran, dua daripada lima kelompok dimenangi oleh Profesor Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din dari Fakulti Perubatan Veterinar (Kelompok Sains Kesihatan) dan Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran dari Fakulti Ekologi Manusia (Kelompok Sastera dan Sains Sosial). Dalam usaha untuk melestarikan pencapaian ahli akademik negara, UPM melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa akan menganjurkan Persidangan Pembangunan Akademik di peringkat pengajian tinggi 2011 (ADHE2011) pada 2-4 Nov depan untuk membincangkan usaha ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi ahli akademik IPTA dan IPTS ke peringkat global di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Mardi.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_bolot_5_Anugerah_Akademik_Negara.pdf

Download (79kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Aznizultina Md Nazar
Date Deposited: 13 Oct 2011 01:05
Last Modified: 27 May 2013 07:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18258
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item