Keyword Search:


Bookmark and Share

Penjagaan kesihatan primer di Malaysia: cabaran, prospek dan implikasi dalam latihan dan penyelidikan perubatan serta sains kesihatan di Universiti Putra Malaysia

Abdullah, Mohd Yunus (2008) Penjagaan kesihatan primer di Malaysia: cabaran, prospek dan implikasi dalam latihan dan penyelidikan perubatan serta sains kesihatan di Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF (Cover)
4Mb
[img] PDF (Full text)
2710Kb

Abstract

Semenjak diperkenalkan di Malaysia, Penjagaan Kesihatan Primer (PKP) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada dasar hak asasi manusia dan telah mengambilsuai pendekatan dan strategi “intervensi hadapan” (upstream intervention) yang komprehensif. Ia bukan sahaja memberi tumpuan kepada mengenal pasti determinan kesihatan tetapi juga melakukan perubahan kepada keadaan yang menyebabkan terjadinya penyakit dan masalah kesihatan. PKP bertujuan menjadi jambatan penghubung jurang ekuiti perkhidmatan kepada golongan miskin dan masyarakat yang terpinggir di kawasan luar bandar dengan melaksanakan integrasi peranan dan perkhidmatan daripada pelbagai sektor dalam peningkatan kesihatan. Malaysia juga telah memanfaatkan strategi penyertaan masyarakat secara berkesan dengan memperkasa masyarakat melalui peningkatan pengetahuan agar lebih bertanggungjawab kepada tindakan mereka di samping melakukan penyesuaian pelaksanaan PKP daripada aspek sosial, budaya dan penggunaan teknologi yang tepatguna. PKP di Malaysia diasaskan kepada falsafah, bahawa sistem penjagaan kesihatan dapat dipertingkat dan diperkukuh dengan peningkatan mutu perkhidmatan yang dapat mencapai hasil perkhidmatan yang diinginkan dan yang sangat penting, wujudnya pembangunan yang mampan. PKP di Malaysia telah menghadapi pelbagai cabaran semenjak hampir 30 tahun lalu dan telah bersedia untuk perkembangan masa depannya. Perkembangan PKP selanjutnya berkait rapat dengan keperluan menambah baik profesionalisme dan meningkatkan kapasiti tenaga kerja yang baru dan yang sedia ada, terutama dalam kelayakan kepakaran dan meningkatkan kompetensi. Keperluan ini memberi ruang yang luas kepada peranan yang boleh dimainkan oleh universiti dan institusi latihan negara dalam latihan tenaga profesional berkelayakan dan berpengalaman. UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan harus merebut peluang ini dengan melakukan penyesuaian dalam penawaran sebahagian program dan kursus agar menjurus kepada keperluan latihan untuk PKP, sama ada untuk program peringkat siswazah mahupun peringkat pascasiswazah, yang selanjutnya akan memacu UPM menjadi peneraju dalam bidang ini. Latihan jangka pendek yang bertujuan untuk peningkatan kapasiti dan profesionalisme tenaga kerja kesihatan juga boleh dilaksanakan terutama dalam aspek evaluasi, assesmen dan peningkatan kualiti, peningkatan kapasiti penyelidikan dan ICT. PKP juga banyak membuka peluang untuk melakukan penyelidikan daripada berbagai-bagai perspektif dan analisis; daripada analisis polisi, strategi pelaksanan perkhidmatan, evaluasi, assesmen impak dan hasil sehingga kepada pelbagai kajian yang berasaskan komuniti atau perspektif pengguna. Pendekatan penyelidikan multidisiplin dan kolaboratif harus digalakkan bagi mencapai penggunaan maklumat dan hasil penyelidikan yang berkesan.

Item Type:Inaugural Lecture
Keyword:Primary health care; Malaysia; Training and research needs
Call Number:LG173 S45S981 no.116
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:18221
Deposited By: Umikalthom Abdullah
Deposited On:30 Jun 2015 08:06
Last Modified:19 Nov 2015 13:05

Repository Staff Only: Edit item detail