Tenaga solar UPM untuk membudaya penggunaan tenaga berhemah

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Tenaga solar UPM untuk membudaya penggunaan tenaga berhemah.

[img] PDF
117Kb

Abstract

SERDANG, 26 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan sumber tenaga solar yang menggunakan teknologi Concerntration Photovoltic (CPV) dalam usaha membudayakan amalan penggunaan tenaga berhemah di kampus. Naib Censelor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata tenaga solar yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari China, Sichuan Zhonghan Solar Electric Power Co. Ltd. (Zhonghan) itu menggunakan teknologi CPV yang dapat menentukan sistem yang paling sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini. “Projek ini adalah inisiatif UPM menyelidik sumber tenaga alternatif untuk meningkatkan tahap efisien dan kos efektif kapasiti teknologi sistem CPV dalam skala komersil serta membangunkan Loji Pengeluaran Tenaga Solar dengan kapasiti menjana dua megawatt tenaga elektrik. “Projek perintis ini akan menilai keberkesanan sistem CPV selain dapat menentukan sistem yang paling sesuai dengan keadaan cuaca. "Ia sejajar dengan komitmen UPM untuk memastikan kelestarian kehijauan kampus dan kecekapan penggunaan tenaga di kampus,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui baru-baru ini. Turut hadir pada pelancaran itu Pengerusi Zhonghan, Mr. Liu Han. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berkata tenaga solar menggunakan teknologi CPV merupakan aplikasi terkini dan UPM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dari Asia termasuk 10 universiti terbaik di dunia yang menggunakan teknologi itu. “Alat ini mampu mengurangkan bilangan panel Photovoltaic (PV) melalui penggunaan Contrator Glass pada kadar 50 peratus serta mengesan tahap maksima tenaga radiasi dan insolasi dari sumber matahari secara automatik,” ujar beliau. Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, Zhonghan telah memasang 10 set sistem solar terdiri daripada enam set sistem reflective CPV with tracker, dua set sistem flat PV with tracker dan dua set sistem flat PV. Projek solar CPV merupakan lanjutan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Fakulti Kejuruteraan UPM dengan Zhonghan pada tahun lalu. Zhonghan merupakan industri utama dalam pembangunan teknologi hijau serta mempunyai kepakaran dalam teknologi solar.

Item Type:UPM News
Faculty or Institute:Universiti Putra Malaysia
ID Code:18125
Deposited By: Aznizultina Md Nazar
Deposited On:05 Sep 2011 03:49
Last Modified:27 May 2013 07:57

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Sep 2011 03:49.

View statistics for "Tenaga solar UPM untuk membudaya penggunaan tenaga berhemah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.