UPM Institutional Repository

Tuanku Canselor lancar Wakaf Ilmu UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Tuanku Canselor lancar Wakaf Ilmu UPM. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 19 Ogos – Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Wakaf Ilmu UPM serta menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar yatim, asnaf dan saudara baharu di sini. Wakaf Ilmu UPM bagi memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM. Pengerusi Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menghadap Sultan Sharafuddin melalui acara simbolik menyembahkan surat kelulusan Wakaf Ilmu UPM. Sementara itu, seramai 162 pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Sekolah Kebangsaan Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang, Sekolah Menengah Sri Indah dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Baginda selaku Canselor UPM menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 3,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM. Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2010 berjumlah RM87,950.35 kepada Sultan Selangor. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim, Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Arifin dan Tan Sri Dato’ Rozali Ismail.


Download File

[img]
Preview
PDF
Tuanku_Canselor_lancar_Wakaf_Ilmu_UPM.pdf

Download (102kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 23 Aug 2011 02:51
Last Modified: 27 May 2013 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18060
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item