Analisis kandungan kimia bagi tujuh spesies kayu yang kurang digunakan di Malaysia.

Harun, Jalaluddin and Sahri, Mohd Hamami and Lai, Seow Peng and Mahmod, Abdul Latif (1989) Analisis kandungan kimia bagi tujuh spesies kayu yang kurang digunakan di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Kimia Analisis Ketiga, 18 September 1989, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

829Kb

Abstract

Tujuh spesis kayu yang kurang digunakan iaitu Perupok (Lophopetalum spp.), Ludai(Sapium spp.), Machang (Mangifera spp.), Pauh kijang (Irvingia malayana), Berangan (Castanopsis spp.), Punah (Tetramerista spp.) dan Kayu malam (Diospyros sp.) dipilih untuk ditentukan komposisi kimia utamanya. Sampel kayu dikisar menggunakan mesin pengisar 'wiley mill' dan habuk kayu ditapis, melepasi penapis dawai no. 40 dan tertahan pada penapis dawai no. 60. Habuk ini kemudian digunakan untuk analisis komposisi kimia menggunakan piawaian TAPPI, kecuali holoselulosa dan hemiselulosa. Holoselulosa dianalisis menggunakan kaedah Wise manakala kandungan hemiselulosa diperoleh dengan menolak nilai aipha-selulosa daripada holoselulosa. Dalam kajian ini,kandungan holoselulosa bagi semua spesis berjulat antara 63.8% (Punah) dan 77.8% (Berangan) manakala kandungan alpha-selulosa berjulat antara 38.0% (Machang) dan 46.7% (Pauh kijang). Kandungan hemiselulosa pula berjulat antara 17.4% (Pauh kijang) dan 33.7% (Berangan). Lignin menunjukkan nilai yang agak tinggi dan nilainya berjulat antara 24.1% (Berangan) dan 35.4% (Punah). Kandungan abu berjulat antara 0.5% (Berangan)dan 1.5%(Machang). Kandungan ekstraktif yang diperolehi daripada pelarut alkohol - benzina berjulat antara 0.7% (Kayu malam) dan 2.7% (Ludai) sementara bahan yang larut di dalam pelarut 1% alkali dan air panas masing-masing berjulat antara 8.4% (Kayu malam) dan 15.6%( Machang) dan 1.5% (Kayu malam) dan 7.7% (Ludai). Di samping itu, ketumpatan bagi semua spesis yang dikaji berjulat antara 281 kg/m (Ludai) dan 848 kg/m (Pauh kijang).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subject:Wood - Chemistry
Subject:Wood - Anatomy
Faculty or Institute:Faculty of Forestry
ID Code:17817
Deposited By: Samsida Samsudin
Deposited On:15 Aug 2011 08:42
Last Modified:13 Nov 2013 01:02

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 15 Aug 2011 08:42.

View statistics for "Analisis kandungan kimia bagi tujuh spesies kayu yang kurang digunakan di Malaysia."


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.