UPM Institutional Repository

Peranan gurdwara dalam pembentukan identiti Sikh di Malaysia: antara ideal dan praktis


Citation

Gill, Sarjit S. (2008) Peranan gurdwara dalam pembentukan identiti Sikh di Malaysia: antara ideal dan praktis. Akademika, 73. pp. 27-50. ISSN 0126-5008

Abstract

Kajian etnografi ini adalah berkenaan peranan gurdwara dalam pembentukan identiti komuniti Sikh di Malaysia daripada segi sejarah dan transformasi institusi keagamaan tersebut. Pengumpulan data melalui kerja lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikutserta dan temubual mendalam di dua buah gurdwara, iaitu Gurdwara Sahib Tatt Khalsa Diwan (GSTKD) di Kuala Lumpur dan Gurdwara Sahib Kota Kinabalu (GSKK) di Sabah. Sebanyak sepuluh orang responden yang menjadi pengunjung tetap gurdwara telah ditemubual secara mendalam dalam kajian ini. Penglibatan komuniti Sikh dalam kegiatan keagamaan di gurdwara telah didorongi oleh pelbagai faktor termasuk kepentingan kekeluargaan, psikososial dan program keagamaan yang diadakan di gurdwara berkenaan. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai bentuk konflik berkaitan peranan yang dimainkan oleh dua golongan utama dalam pengurusan gurdwara, iaitu Granthi Sahib (golongan religious specialist) dan Jawatankuasa Pengurusan Gurdwara (JPG) sehingga menyebabkan timbulnya masalah daripada segi kelicinan gurdwara memainkan peranannya sebagai institusi keagamaan dan dalam pembentukan identiti Sikh secara umumnya. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara antara gurdwara di Kuala Lumpur dan gurdwara di Kota Kinabalu dari segi sokongan komuniti, kewangan, kemudahan asas dan struktur perjalanan program keagamaan. Justeru, pemahaman dan penghayatan keagamaan dalam kalangan pengunjung gurdwara di dua tempat berkenaan mempunyai perbezaan yang sangat jelas. Komuniti peranakan Punjabi di Kota Kinabalu ternyata mempunyai persepsi yang berlainan dari segi agama dan identiti Sikh berbanding orang Sikh di Semenanjung.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Peranan Gurdwara dalam pembentukan identiti Sikh di Malaysia.pdf

Download (85kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/2860

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Gurdwara institution; Sikh identity; Gurdwara Management Committee; Granthi Sahib
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 08 May 2014 04:18
Last Modified: 23 Aug 2017 05:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16102
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item