UPM Institutional Repository

Bahasa Melayu di Pulau Kokos: suatu tinjauan sosiolinguistik


Citation

Raja Ariffin, Raja Masittah and Salleh, Che Ibrahim (2008) Bahasa Melayu di Pulau Kokos: suatu tinjauan sosiolinguistik. Jurnal Bahasa, 8 (2). pp. 315-339. ISSN 1511-9084

Abstract

Kajian ini memerikan fenomena sosiolinguistik bahasa Melayu di Pulau Kokos, khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di luar kawasan dunia Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan kualitatif dan memberikan fokus kepada lima aspek: susur galur dan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Pulau Kokos; sistem panggilan dalam kalangan Melayu Kokos; leksikal dan istilah dalam bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Kokos. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan; dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 60 orang informan yang terdiri daripada orang Melayu Kokos dan orang kulit putih. Australia telah ditemu bual dari 2-10 Mei 2004 di Pulau Home. Kerangka teori tipologi kawasan penyebaran bahasa telah diterapkan dalam kajian ini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Bahasa Melayu di Pulau Kokos.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Malay language; Cocos Island; Malays; Sociolinguistics
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 08 Jun 2015 03:03
Last Modified: 30 Oct 2015 01:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13353
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item