Analisis Kadar Penetasan Telur Aedes Albopictus Menggunakan Sukatan Berulang

Uda, Safian and Saad, Ahmad Ramli and Chien, Mee Yieng (2008) Analisis Kadar Penetasan Telur Aedes Albopictus Menggunakan Sukatan Berulang. Malaysian Journal of Mathematical Sciences, 2 (2). pp. 125-132. ISSN 1823-8343

[img] PDF
83Kb

Abstract

Nyamuk Aedes sp merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia. Sejenis spesies Aedes yang sering ditemui di Asia dan tersebar meluas di seluruh dunia ialah Aedes albopictus. Dalam kajian yang dijalankan, telur nyamuk Aedes sp ini telah dikutip menggunakan teknik ovitrap iaitu bekas tin yang mengandungi air ternyahklorin untuk merendam padel kadbod sebagai perangkap telur nyamuk. Bekas tin itu seterusnya digantung di batang pokok. Selepas dua hari, padel itu dikutip dan dibawa ke makmal dan diletakkan di dalam dulang enamel untuk dikeringkan. Padel yang telah betul-betul kering diperhatikan di bawah mikroskop cahaya untuk memastikan jumlah telur yang terdapat pada paddle tersebut. Padel dikumpulkan sebagai satu set dengan lebih kurang lima puluh biji telur setiap padel. Dua puluh empat set telah disediakan untuk satu replikasi dan tiga replikasi telah disediakan. Semua telur itu di letakkan di atas kertas putih dan dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 310C. Satu set telur dari setiap replikasi dikeluarkan selepas setiap jam sampai dua puluh empat jam dan padel itu dipindahkan ke dalam dulang enamel yang berisi air ternyahklorin sedalam dua pertiga kedalaman dulang enamel. Dalam setiap proses perlakuan di atas, bilangan telur yang menetas diamati dan di catatkan untuk setiap hari selama dua minggu. Dari analisis data yang dijalankan menggunakan sukatan berulang, menunjukkan bahawa semakin lama masa telur terdedah kepada cahaya sebelum terdedah kepada air, kadar penetasan menurun secara linear dari hari ke hari. Akan tetapi kadar penetasan adalah tinggi untuk dua hari pertama, jika telur terdedah kepada cahaya dalam masa singkat (satu jam) sebelum terdedah kepada air.

Item Type:Article
Keyword:Aedes Albopictus, Sukatan Berulang
Faculty or Institute:Institute for Mathematical Research
Publisher:UPM Press
ID Code:12605
Deposited By: kmportal
Deposited On:09 Jun 2011 09:40
Last Modified:27 May 2013 07:53

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Jun 2011 09:40.

View statistics for "Analisis Kadar Penetasan Telur Aedes Albopictus Menggunakan Sukatan Berulang"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.