Rambely, Azmin Sham and Buslain, Siti Shahanum (2008) Sebuah Model Untuk Daya Impak Ketika Mendarat Daripada Lompatan Smesy. Malaysian Journal of Mathematical Sciences, 2 (2). pp. 113-124. ISSN 1823-8343
| PDF 99Kb |
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang sebuah model untuk daya impak ketika mendarat daripada lompatan smesy. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji magnitud daya yang terlibat semasa mendarat, melihat nilai sudut di sendi-sendi kaki contohnya pada peha dan lutut dan juga daya-daya yang terlibat pada paksi mengufuk. Persamaan Newton-Euler digunakan untuk membangunkan model bahagian pinggiran bawah badan manusia. Pemain badminton yang bertaraf dunia diambil sebagai subjek ketika pertandingan badminton Piala Thomas 2000 diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan bahawa ketika subjek mendarat, daya impak yang terhasil pada kaki yang mendarat adalah lebih rendah berbanding dengan daya yang terhasil pada kaki yang sebelah lagi. Perubahan sudut pada segmen betis dan peha juga menunjukkan bahawa subjek memfleksikan kaki apabila mendarat bagi mengurangkan kecederaan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Lompatan Smesy, biomekanik, model pergerakan manusia, persamaan Newton-Euler |
| Faculty or Institute: | Institute for Mathematical Research |
| Publisher: | UPM Press |
| ID Code: | 12604 |
| Deposited By: | Najwani Amir Sariffudin |
| Deposited On: | 09 Jun 2011 17:38 |
| Last Modified: | 09 Jun 2011 17:39 |
Repository Staff Only: item control page