Hasan, Husna (2008) Rekabentuk Ukuran Ulangan dan Proses Bercabang Dalam Biologi. Malaysian Journal of Mathematical Sciences, 2 (2). pp. 93-102. ISSN 1823-8343
|
PDF
84Kb |
Abstract
Tercetusnya konsep Biologi Bermatematik boleh melahirkan usaha kerjasama antara penyelidik bidang sains hayat, matematik dan juga penyelidik dari bidang sains lain yang berkaitan. Data yang terkumpul dari hasil penyelidikan kajian kes sains hayat perlu dianalisa dan ditafsir dengan betul supaya kesimpulannya adalah benar bagi semua kes secaman. Kewujudan pelbagai pakej statistik yang boleh mengeluarkan keputusan analisis dengan segera telah membuka peluang kepada penggunanya yang mempunyai pengetahuan terhad dalam bidang statistik khasnya analisis data dan berkemungkinan menghasilkan kesimpulan yang kurang bermakna. Kertas ini membincangkan bagaimana penyelidik sains hayat dan statistik boleh bekerjasama dalam menjayakan analisis data yang melibatkan rekabentuk ukuran ulangan supaya kesimpulan yang terhasil adalah lebih bermakna, munasabah dan realistik. Masalah yang dihadapi dalam proses bercabang yang merupakan satu bidang statistik tulen juga dibangkitkan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Biologi Bermatematik, Rekabentuk Ukuran Ulangan, Proses Bercabang, Statistik |
| Faculty or Institute: | Institute for Mathematical Research |
| Publisher: | UPM Press |
| ID Code: | 12602 |
| Deposited By: | Najwani Amir Sariffudin |
| Deposited On: | 09 Jun 2011 09:37 |
| Last Modified: | 27 May 2013 07:53 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 09 Jun 2011 09:37.
View statistics for "Rekabentuk Ukuran Ulangan dan Proses Bercabang Dalam Biologi"