Pemilihan Terbaik Portfolio di Pasaran Saham Malaysia Menerusi Model Markowitz

Tay, Chin Hong and Mohamad Zain, Shaharir (2008) Pemilihan Terbaik Portfolio di Pasaran Saham Malaysia Menerusi Model Markowitz. Math Digest : Research Bulletin Institute for Mathematical Research, 1 (2). pp. 6-14. ISSN 1985-2436

[img] PDF
390Kb

Abstract

Pemilihan portfolio amat penting bagi seseorang pelabur dan ada pelbagai eara penentuan portfolio yang terhaik. Dalam kajian ini, pemilihan portfolio menerusi model Markowitz dalam bentuk pengaturearaan kuadratik dilakukan. Data-data untuk kajian ini berasaskan pada prestasi harian dua tahun (2001 dan 2002) bagi 40 saham daripada Pusat Maklumat Awarn, Bursa Saham Kuala Lumpur. Kajian ini menunjukkan hanya 8 saham daripada 40 saham pilihan itu yang patut dilaburkan bagi mendapat pulangan yang diingini sekurang-kurangnya 5.25% dengan risiko yang minimum. Kajian ini juga menunjukkan apabila jangkaan pulangan yang diingini meningkat, maka risiko minimurnnya turut meningkat dan keadaan ini berlaku dengan kadar yang pantas selepas nilai jangkaan pulangan yang diingini lebih besar daripada satu aras yang melebihi 50%. Bilangan saham yang patut dilabur bagi memperolehi pulangan yang diingini menurun dengan kadar yang mantap apabila jangkaan pulangan yang diingini meningkat daripada 10% kepada 45% tetapi tidak berubah bagi nilai pulangan yang diingini sekurang-kurangnya satu aras yang melebihi 45%. Untuk nilai pulangan yang dingini lebih daripada suatu aras yang kurang daripada 10%, bilangan saham yaug patut dilabur meningkat apabila peratusan pulangan yang diingini itu meningkat. Yang amat menariknya ialah keputusan yang menunjukkan bahawa setinggi-tingginya hanya 2 saham (Dutch Lady dan Nestle) sahaja yang patut dilaburkan bagi memperoleh pulangan yang diingini lebih besar daripada satu aras yang lebih tinggi daripada 50% dengan risiko yang minimum dan 9 adalah bilangan maksimum portfolio yang mungkin mewakili pelaburan yang paling selamat dan paling pelbagai bagi mencapai aras pulangan yang lebih besar daripada sekitar 10% pulangan dengan risiko yang terendah. Hasil ini keseluruhannya membawa kepada hipotesis bahawa dalam pilihan portfolio ada aras pulangan yang bilangan pelaburannya paling banyak atau sedikit kepelbagaiannya tetapi tetap dengan risiko yang minimum.

Item Type:Article
Faculty or Institute:Institute for Mathematical Research
Publisher:Institute for Mathematical Research
ID Code:12451
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:24 May 2011 08:00
Last Modified:27 May 2013 07:52

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 24 May 2011 08:00.

View statistics for "Pemilihan Terbaik Portfolio di Pasaran Saham Malaysia Menerusi Model Markowitz"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.