Agihan Beberapa Logam Berat di Persisiran Pantai Kemaman, Terengganu

Ahmad, Ahmad Shamsuddin (1996) Agihan Beberapa Logam Berat di Persisiran Pantai Kemaman, Terengganu. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
2335Kb

Abstract

Kajian penentuan taburan, agihan, kepekatan dan tahap pencemaran logam berat telah dijalankan di perairan persisiran pantai Teluk Kalong, pelabuhan Kemaman dan muara Kuala Kemaman. Penentuan kepekatan logam berat yang dijalankan telah melibatkan logam terlarut, logam partikulat dan logam dalam enapan dasar. Di samping itu juga penentuan kandungan jumlah karbon, organik karbon dan saiz enapan juga telah dijalankan. Aktiviti penyampelan telah dijalankan pada bulan Mei, 1993, September, 1993 dan Jun, 1994. Secara keseluruhan, kepekatan logarn sarna ada logarn terlarut, partikulat dan juga dalam enapan dasar bagi ketiga-tiga perairan kajian adalah lebih rendah atau hampir sarna dengan kepekatan logam dari tempat-tempat lain. Berdasarkan kepada perbandingan kepekatan logarn di antara ketiga-tiga perairan kajian, perairan muara Kuala Kernaman mempunyai kepekatan logam yang tertinggi, diikuti oleh pelabuhan Kemanan dan akhimya persisiran pantai Teluk Kalong. Anali sis penguraian berterusan menunjukkan terdapat b eberapa logarn yang telah mengalami pertambahan Iogam dari sumber antropogenik. Logam-Iogam yang terlibat adalah Co, Mn dan Pb bagi perairan persisiran pantai Teluk Kalong. Logam Co, Cu, Fe dan Pb dalam enapan dasar pelabuhan Kemaman dan logam Cd, Cr, Cu, Mn dan Pb bagi enapan muara Kuala Kemaman. Melalui ujian penormalan di antara logam-logam dengan AI, didapati Fe, Cr, Cll, Ni dan Zn telah menunjukkan perhubungan yang bererti dengan AI. Ini menunjukkan bahawa kepekatan Iogarn-Iogarn ini tidak dipengaruhi oleh kemasukkan sumber logam dari antropogenik. Manakala keputusan Cd, Co, Mn dan Pb adalah sebaliknya. Melalui analisis faktor pengkayaan, nilai faktor pengkayaan logam yang dikaji adalah rendah daripada satu kecuali Pb. Ini rnenunjukkan bahawa logam-logam yang dikaji kecuali Pb tidak dipengaruhi oleh sumber antropogenik. Dalam pemilihan kaedah untuk penentuan tahap pencemaran ke atas enapan dasar, kaedah pengurai berterusan adalah merupakan kaedah yang terbaik berbanding dengan ujian penormalan dan faktor pengkayaan. Melalui analisis penguraian berterusan tahap pencemaran boleh ditentukan dengan lebih mendalam. Manakala ujian penormalan dan faktor pengkayaan sesuai digunakan untuk menentukan tahap pencernaran secara kasar atau sebagai permulaan sebelum analisis penguraian berterusan dijalankan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Universiti Pertanian Malaysia - Dissertations
Subject:Coasts - Terengganu - Kemaman - Effect of heavy metals on
Subject:Heavy metals - Physiological effect
Chairman Supervisor:Professor Madya Noor Azhar bin Mohd Shazili, PhD
Call Number:FPSS 1996 2
Faculty or Institute:Faculty of Fisheries and Marine Science
ID Code:11819
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:19 Jul 2011 08:15
Last Modified:12 Sep 2011 08:51

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 19 Jul 2011 08:15.

View statistics for "Agihan Beberapa Logam Berat di Persisiran Pantai Kemaman, Terengganu"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.