Pelajar UPM Bintulu Bersih Gua Niah

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar UPM Bintulu Bersih Gua Niah.

[img] PDF
126Kb

Abstract

MIRI - Kembara ke Gua Niah di Miri, Sarawak menarik dengan pemandangan yang menakjubkan, kaya dengan flora dan faunanya serta nilai tinggi sejarahnya. Penarafan status gua itu sebagai antara kawasan arkeologi terpenting di dunia menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang patut dilawati di Borneo. Peluang ini turut menjadi inisiatif 74 orang pelajar Kursus Berkredit Bakti Siswa, Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) baru-baru ini yang mengaplikasikan nilai kemahiran insaniah dengan mengadakan Program Khidmat Komuniti Keceriaan di kawasan Taman Negara Niah. Program keceriaan itu telah mendapat sokongan dari pengurusan Taman Negara Niah dalam usaha bersama-sama menjaga kebersihan kawasan taman terutamanya di dalam kawasan gua. Sebelum memulakan aktiviti pembersihan, pelajar mengadakan aktiviti kembara dengan berjalan kaki menuju The Great Cave dan seterusnya ke Gua Lukisan sejauh 4.5 km. Sepanjang perjalanan menuju ke Gua Lukisan, sering terlihat pelancong-pelancong dari luar negara berulang-alik dari Gua Niah. Keupayaan pelancong warga emas Kanada, Robert Hicks, 70, mengharungi perjalanan bercerun dan meniti tangga tinggi seolah-olah mencabar semangat anak-anak muda UPMKB merentas liku jalan di sebalik kelicinan basahan titian tangga. Di sebalik kesukaran kawasan yang gelap dan bercerun hingga menyukarkan usaha pengutipan, kumpulan pelajar membersih dan mengutip sampah di sekitar Gua Lukisan dan diteruskan sehingga The Great Cave termasuk kutipan sampah dalam tong-tong yang tersedia. Kepenatan terubat seketika apabila pelajar-pelajar dapat berehat di pondok jualan kraftangan yang terdapat di laluan itu dan pelajar juga mengambil kesempatan membeli produk kraftangan yang dibuat oleh penduduk kawasan rumah panjang Chang berdekatan. Pelajar juga melawat muzium bagi menghayati informasi sejarah dan kehidupan zaman purba yang pernah wujud di Gua Niah. Kemuncak kepada aktiviti itu ialah wakil pelajar menyerahkan sampah yang dikumpul kira-kira 15 kilogram kepada pihak pengurusan taman untuk dibuang ke dalam tong sampah utama. “Walaupun terasa penat setelah 6 jam berjalan dan membuat kerja komuniti mengutip sampah, program kembara ini adalah peluang bagi semua pelajar menyumbang bakti kepada komuniti dan alam sekitar,” kata pengarah program, Hanif Hayyi Hanafi. Hasimah Ahmad, kakitangan pengurusan Taman Negara Niah menyifatkan program pelajar UPM itu membantu pihak taman menjaga kebersihan kawasan Gua Niah. “Usaha murni pelajar ini amat disokong oleh pihak kami dan diharap menjadi contoh kepada pengunjung yang lain,” katanya. Penulis melihat walaupun pengurusan Taman Negara Niah melakukan aktiviti pengutipan dan pembersihan sampah setiap hari di sepanjang laluan ke pintu utama Gua Niah (The Great Cave) dan juga bahagian-bahagian lain, terdapat sebilangan kecil pelawat masih membuang sampah di merata-rata tempat walaupun tong sampah telah disediakan. “Program keceriaan membersih Gua Niah adalah sebahagian dari Program Bakti Siswa berteraskan khidmat komuniti yang bertujuan menerapkan nilai cintakan alam sekitar dan semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar,” kata Abdul Mohammad Omar selaku pegawai pengiring dan fasilitator kursus Bakti Siswa Terdahulu katanya, pelajar-pelajar terlibat baru sahaja mengadakan Program Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Diri di Sekolah Menengah Teknik Bintulu untuk memotivasikan pelajar sekolah melanjutkan pengajian ke universiti dengan menekankan keseronokan belajar di universiti selain bidang pengajian dan skop kerjaya.

Item Type:UPM News
ID Code:11795
Deposited By: Norhaliza Zainal
Deposited On:14 Apr 2011 08:03
Last Modified:27 May 2013 07:49

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 14 Apr 2011 08:03.

View statistics for "Pelajar UPM Bintulu Bersih Gua Niah"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.