Aspek Pengeluaran Udang Galah Macrobrachium Rosenbergii (De Man) Di Peringkat Semaian

Mat Tai, Abu Bakar (1991) Aspek Pengeluaran Udang Galah Macrobrachium Rosenbergii (De Man) Di Peringkat Semaian. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1507Kb

Abstract

Sistem yang sesuai untuk memelihara M . rosenbergii di peringkat semaian masih belum dipastikan di masa kini. Oleh itu kajian dijalankan bagi mencari penyelesaiannya .Tiga sistem ternakan (tangki, sangkar dan kolam) diuji kesannya terhadap kadar pertumbuhan dan kemandirian pasca-pasca larva spesies ini.Di setiap sistem , dua faktor utama (habitat buatan dan kadar pelepasan) dikaji . Kadar pelepasan adalah 450/m2 dan 600/m2 untuk tangki, serta 600/m2 dan 1000/m2 untuk sangkar dan kolam.Kesan-kesan dua bentuk tangki (bulat dan empat segi ) dan dua kaedah ternakan ( alir n-t erus dan pusingan ) ditangki. dua set sangkar (pertengahan ruang air dan dasar kolam) dan saiz-saiz sangkar yang berbeza juga dikaji . Pasca-pasca larva seberat kira-kira 0.01g digunakan untuk eksperimen .Mereka diberi makan diet UPM-P40 pada kadar 20% daripada berat badan setiap hari dan dipelihara di dalam tempoh 4 minggu . Keputusan daripada kajian menunjukkan pasca-pasca larva M. rosenbergii mencapai kadar pertumbuhan dan kemandirian yang lebik baik disangkar dari di kolam dan di tangki {P < 0 . 05 } .Kadar pertumbuhan spesifik di sangkar adalah 83.34% per minggu dan kadar kemandirian adalab 70. 54% . Secara am penambahan habitat buatan tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan ( P> 0.05) . tetapi ianya berjaya meningkatkan kadar kemandirian di semua keadaan kecuali di kolam yang di masukkan habitat di mana kadar kemandirian adalah 53 .42% berbanding dengan 65.74% di kolam tanpa habitat ( P < 0 .05) .

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Shrimp culture
Chairman Supervisor:Prof. Dr. Ang Kok Jee, PhD
Call Number:FPSS 1991 1
Faculty or Institute:Faculty of Fisheries and Marine Science
ID Code:11765
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:21 Jul 2011 02:22
Last Modified:08 Sep 2011 08:01

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 21 Jul 2011 02:22.

View statistics for "Aspek Pengeluaran Udang Galah Macrobrachium Rosenbergii (De Man) Di Peringkat Semaian "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.