Keyword Search:

Pengaruh Kepekatan Plumbum Dalam Darah Dengan Tahap Cerdik Pandai (iq) di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kuala Lumpur dan Terengganu, Malaysia.

Shamsudin, Shamsul Bahari (1998) Pengaruh Kepekatan Plumbum Dalam Darah Dengan Tahap Cerdik Pandai (iq) di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kuala Lumpur dan Terengganu, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1330Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepekatan plumbum darah dengan IQ kanak-kanak di Malaysia. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai kawasan bandar (tercemar) manakala Kemaman dan Setiu, Terengganu sebagai kawasan luar bandar (kurang tercemar).jumlah responden seramai 212 kanakkanak, 112 dari bandar dan 100 dari luar bandar, terdiri dari kanak-kanak Melayu yang berumur 6 1/2 hingga 8 1/2 tahun. Sampel darah diambil dari 82 responden bandar dan 80 responden luar bandar, dengan menggunakan kaedah cucukan hujung jari, skor IQ kanak-kanak diukur menggunakan 'McCarthy Scales of Children's Abilities Test' (MSCA) dan prestasi akademik diperolehi dari keputusan peperiksaan terbaru di sekolah masing-masing. Plumbum di udara ambien disampel menggunakan 'Minivol' . Kepekatan plumbum pada kertas penapis dan dalam darah dicerap menggunakan Spektrometer Serapan Atom Relau Grath. Hasil kajian menunjukkan min kepekatan plumbum udara ambien di Kuala Lumpur (0.095 ug/m3) lebih tinggi dari Kemaman (0.027 ug/m3) dan Setiu (0.0 15 ug/m3) dimana perbezaan varian adalah signifikans. Min log10 plumbum darah responden bandar (0.65 1) lebih tinggi dari luar bandar (0.442), nilai min menunjukkan perbezaan yang signifikans (t=5. 1 1; p<O.O1). Kajian menunjukkan skor IQ kanak-kanak luar bandar (99.26) lebih baik

Item Type:Thesis (Masters)
Chairman Supervisor:Dr. Zailina Hashim
Call Number:FPSK(M) 1998 4
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
ID Code:11196
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:18 Jul 2011 14:30
Last Modified:08 Aug 2011 13:19

Repository Staff Only: Edit item detail