Analisis pemasaran pertanian di Malaysia : Keperluan agenda pembaharuan

Prof. Dr., Fatimah Mohamed Arshad (2002) Analisis pemasaran pertanian di Malaysia : Keperluan agenda pembaharuan.

[img] PDF
12Mb

Abstract

Penelitian umum ke at as struktur, gelagat dan beberapa aspek dimensi pemasaran komoditi pertanian menyarankan kepada kewujudan petanda-petanda ketidakcekapan dan ketidaksempurnaan pasaran yang ketara. Antaranya, struktur pasaran yang berpusat yang mengurangkan darjah persaingan, sistem letak harga yang dipandui oleh kuasa firma tertentu dan bukan fundamental pasaran, aliran maklumat yang tidak licin, harga tidak mencerminkan kualiti atau gred dan sebagainya. Ciri ini masih wujud walaupun ekonomi dan sektor pertanian negara telah mengalami kemajuan dari segi pertumbuhan pengeluaran dan eksport. Berbanding dengan sektor lain, sektor pemasaran pertanian gagal menampilkan pembaharuan yang selari dengan perubahan persekitaran yang telah menyebabkan kelembapan beberapa sub-sektor pertanian. Kertas ini bertujuan untuk mengutarakan beberapa agenda pembaharuan ke atas sektor pemasaran pertanian di Malaysia. Agenda pembaharuan ke atas sektor ini menjadi lebih mendesak kerana perubahan radikal yang berlaku di pasaran global dan pembangunan teknologi pengeluaran dan teknologi maklumat yang pesat. Transformasi ekonomi dalam negeri ke arah industrialisasi juga menuntut kepada pembaharuan. Antara agenda pembaharuan yang dicadangkan adalah perindustrian sektor pemasaran, penstrukturan unit pengeluaran, meningkatkan akses pasaran dan maklumat kepada pengeluar, peniaga dan pengguna, peningkatan daya saing melalui proses-proses yang cekap dan berlandaskan teknologi, strategi pemasaran yang global dan penerapan teknologi maklumat dalam pengeluaran, agihan dan pertukaran.

Item Type:Inaugural Lecture
ID Code:1111
Deposited By: Shaifol Yazam Mat
Deposited On:09 Jun 2009 08:21
Last Modified:27 May 2013 06:52

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Jun 2009 08:21.

View statistics for "Analisis pemasaran pertanian di Malaysia : Keperluan agenda pembaharuan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.