Abu Hassan, Tambi (1991) Tahap Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 842Kb |
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengetahui tahap profesi onalisme pegawai PTD yang berkhidmat di dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia berdasarkan lapan kriteria profesionalisme terpilih.Sampel kajian terdiri daripada 120 pegawai PTD dari tujuh agensi perkhid· matan awam yang mengkhusus dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manu· sia. Pengumpulan data dibuat melalui soal selidik, temutanya dan kajian ke atas bahan-bahan bertulis. Statistik yang digunakan bagi menganalisis data termasuklah kekerapan, min, mod, sisihan lazim, korelasi Pearson (Pearson r), analisis varians sehala, ujian Scheffe dan ujian Tukey. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap profesionalisme responden secara keseluruhan adalah sederhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap profe· sionalisme responden adalah sederhana berdasarkan kritria (1) penguasaan pengetahuan dan kemahiran; (2) kepentingan latihan dalam profesion PTD; (3) kepentingan pertubuhan profesional dan penglibatan responden di dalam PPTD; (4) kepentingan pengkhususan bidang tugas; (5) identifikasi kumpulan; dan (6) amalan etika kerja.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Civil service - Malaysia - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Abu Daud Silong, PhD |
| Call Number: | FPP/L 1991 3 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 11090 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 15 Jun 2011 12:35 |
| Last Modified: | 15 Jun 2011 12:36 |
Repository Staff Only: item control page