Inovasi Pendakwahan dalam Memantapkan Pendidikan Dewasa di Malaysia

Mat Sah, Mohd Azmi (2009) Inovasi Pendakwahan dalam Memantapkan Pendidikan Dewasa di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
305Kb

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan memahami bagaimana inovasi pendakwahan dalam memantapkan pendidikan dewasa di Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat memperluaskan pemahaman mengenai pendakwahan dan boleh digunakan sebagai panduan untuk meneruskan pencapaian misi dan visi dakwah dalam era globalisasi. Tambahan pula, sikap serta amalan pendakwah sekarang terhadap inovasi pendakwahan belum banyak dikaji. Dengan memahami status sebenar pendakwah terhadap inovasi pendakwahan maka bidang pendakwahan akan lebih bermakna apabila dilihat dalam era masa kini yang pesat dengan pembaharuan. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, penyelidik telah menemubual informan kajian yang terdiri daripada lima orang pendakwah, berpengalaman dalam pendakwahan melebihi 10 tahun dan mempunyai pentauliahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Data telah dikumpul menggunakan teknik perbualan bersemuka secara mendalam. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara verbatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpulkan. Analisis terperinci kemudiannya dilakukan untuk menghasilkan tema dan sub tema bagi menjawab persoalan penyelidikan. Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh informan, terdapat beberapa tema yang menjelaskan keperihalan inovasi dalam pendakwahan sebagai penggerak pendidikan dewasa. Kajian menghasilkan lima tema utama berdasarkan persoalan kajian iaitu 1) makna inovasi dalam pendakwahan, 2) sikap pendakwah terhadap penerimaan guna inovasi dalam pendakwahan, 3) amalan inovasi dalam pendakwahan, 4) kepentingan inovasi dalam pendakwahan dan 5) harapan pendakwah terhadap inovasi pendakwahan. Inovasi pendakwahan dijelaskan sebagai alat, idea, cara, dan amalan. Keempat-empat makna inovasi pendakwahan ini mempunyai peranan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam pendakwahan. Manakala persoalan kajian yang kedua iaitu tema tentang sikap pendakwah terhadap inovasi menjelaskan inovasi sebagai keperluan penyelidikan dan pembangunan (R&D), menyarankan supaya memasyarakatkan dakwah dan menunjukkan sikap keperluan jalinan kerjasama. Berdasarkan persoalan kajian yang ketiga, penyelidikan ini turut menemui empat elemen penting dalam amalan pendakwahan iaitu menggunakan peralatan ICT dalam pendakwahan, belajar menggunakan alat ICT dalam pendakwahan, mengintegrasikan inovasi dalam pendakwahan, dan berkomunikasi secara berkesan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Adult education - Malaysia
Subject:Da'wah (Islam) - Malaysia
Chairman Supervisor:Maimunah Ismail, PhD
Call Number:FPP 2009 26
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:11066
Deposited By: Mohd Nezeri Mohamad
Deposited On:13 Jun 2011 02:31
Last Modified:27 May 2013 07:47

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 13 Jun 2011 02:31.

View statistics for "Inovasi Pendakwahan dalam Memantapkan Pendidikan Dewasa di Malaysia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.