UPM Institutional Repository

Kaedah Pengajaran Penulisan Karangan Yang Digunakan Oleh Guru Bahasa Melayu Di Peringkat Menengah Atas Sekolah-Sekolah Di Samarahan, Sarawak


Citation

Singkro, Asan (1996) Kaedah Pengajaran Penulisan Karangan Yang Digunakan Oleh Guru Bahasa Melayu Di Peringkat Menengah Atas Sekolah-Sekolah Di Samarahan, Sarawak. [Project Paper Report]

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran penulisan karangan yang digunakan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu (BM) di peringkat menengah atas. Tinjauan ke atas kaedah-kaedah yang digunakan oleh 40 orang guru yang mengajar BM di kelas-kelas tingkatan empat dan tingkatan lima telah dijalankan di 10 buah sekolah menengah di Bahagian Samarahan, Sarawak. Data kajian telah diperoleh menggunakan 4 instrumen kajian, iaitu persedian mengajar, pemerhatian pengajaran, temu bual dan soal selidik. Dapatan lGtiian menunjukkan bahawa guru yang mengaJar BM di peringkat menengah atas di sekolah-sekolah menengah di Bahagian Samarahan, Sarawak lazimnya menggunakankan Kaedah Deduktif dan Kaedah Induktif. Selain daripada itu, mereka juga pemah menggunakan tiga kaedah yang lain, iaitu Kaedah Proses, Kaedah Model Prosa dan Kaedah Pengalaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa prosedur pengajaran kaedah yang lazim digunakan oleh guru dilaksanakan menggunakan 4 hingga 6 langkah utama. Tambahan daripada itu, guru BM berpendapat bahawa Kaedah Deduktif dan Kaedah Induktif yang lazim digunakan oleh mereka itu rnernpunyai kekuatan dan kelernahan yang tersendiri daripada perspektif pelajar, guru dan pelaksanaannya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud perkaitan antara bilangan kaedah pengajaran penulisan karangan yang pemah digunakan oleh guru yang rnenga.Jar BM dengan pengalaman guru mengajar BM di peringkat menengah atas, dan kursus dalarn perkhidmatan serta kursus dalarnan tentang perkaedahan mengajar penulisan karangan yang pemah diikuti oleh rnereka, tetapi tidak wujud perkaitan dengan profesional keguruan tertinggi guru dan buku tentang perkaedahan rnengajar penulisan karangan yang pemah dibaca oleh guru.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_1996_1_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Composition and exercises - Study and teaching (Secondary) - Sarawak
Call Number: FBMK 1996 1
Chairman Supervisor: Professor Hj. Amat Juhari Moain, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 02 Jun 2011 09:25
Last Modified: 27 May 2013 07:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10975
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item