Samsudin, Rafiqah (2001) Doktor Perubatan Wanita Melayu: Halangan Terhadap Program Latihan Perubatan Pakar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 961Kb |
Abstract
Literatur menunjukkan bahawa jumlah doktor pakar perubatan di kalangan wanita Melayu kecil berbanding lelaki. Kurangnya jumlah doktor pakar tersebut dikatakan mereka mempunyai banyak halangan untuk mengikuti kursus lanjutan pakar. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami pengalaman mengenai halangan kepada doktor wanita untuk mengikuti latihan formal dalam bidang perubatan pakar. Kajian melibatkan doktor dan pakar perubatan wanita yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima tahun . Temuduga secara mendalam (in-depth interview) dengan sembilan orang informan telah dijalankan bertujuan untuk mengumpul data kajian . Mereka merupakan lima orang doktor perubatan dan empat orang pakar perubatan wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan serta Kepakaran Kanak-kanak.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Medicine - Specialties and specialists - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Dr. Maimunah Ismail, PhD |
| Call Number: | FPP 2001 20 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 10962 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 26 May 2011 16:56 |
| Last Modified: | 12 Jun 2012 13:05 |
Repository Staff Only: item control page