Ibrahim, Khazana (1999) Potensi Penggunaan Urea Dalam Baja Adunan Pukal Di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 561Kb |
Abstract
Baja sebatian lebih banyak digunakan kerana ia membekalkan ketiga-tiga unsur utama yang diperlukan oleh tumbuhan walaupun harganya lebih mahal. Baja campuran pula walaupun murah tetapi menghadapi masalah dari segi ketidakseragaman. Oleh itu baja adunan pukal merupakan alternatif terbaik memandangkan ia lebih murah dari baja sebatian dan lebih seragam dari baja campuran. Tujuan kajian ini ialah mengkaji kombinasi baja yang paling sesuai yang melibatkan urea sebagai baja adunan pukal di samping keberkesanannya terhadap tanaman. Kajian ini melibatkan tiga peringkat iaitu kajian di makmal yang mengkaji kelembapan relatif kritikal (KRK), segregasi serta kualiti penyimpanan. Kajian di rumahkaca pula mengkaji kesan baja adunan pukal terhadap kesesuaian tanaman dan kajian di ladang untuk menentukan kesan penyebaran baja terhadap keseragaman. lenis-jenis baja yang digunakan dalam baja adunan pukal ialah dalam bentuk butiran bersaiz antara 2-4 mm. Di samping itu baja campuran, baja adunan pukal komersil dan baja sebatian juga digunakan sebagai perbandingan dengan rawatan baja adunan pukal.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Fertilizers and manures - Malaysia |
| Subject: | Urea as fertilizer |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Mohd Khanif b. Yusop, PhD |
| Call Number: | FP 1999 8 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Agriculture |
| ID Code: | 10430 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 11 Apr 2011 10:51 |
| Last Modified: | 11 Apr 2011 10:57 |
Repository Staff Only: item control page