Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia

Rohin, Mohd Adzim Khalili (2006) Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
139Kb

Abstract

Spesis Hylocereus telah memainkan peranan yang penting sebagai sumber warna merah semulajadi bagi pewarna makanan, industri farmaseutikal dan potensi kesihatan bagi meningkatkan tahap penglihatan, mencegah penyakit hipertensi dan melawan anemia. Kajian ini dilakukan bagi menentukan komposisi proksimat (abu, kelembapan, lemak dan protein), karbohidrat and fiber kasar, flavonoid (kaempferol, mirisitin, quersitin, apigenin, luteolin and rutin), mineral (kalsium, fospforus, magnesium, natrium, kalium, ferum, zink dan kuprum) dan vitamin larut air (tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), piridoksin(B6), siano-kobalamin (B12) dan asid askorbik (C) serta menilai kesan hipokolesterolemik buah pitaya merah ke atas profil lipid, jumlah antioksidan dan aras malondialdehid plasma tikus yang diaruh hiperkolesterolemia. Sebanyak 36 ekor tikus strain Sprague Dawley telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan normal (N) dan kumpulan kawalan hiperkolesterolemik positif (HC), kumpulan rawatan telah diberikan diet pitaya merah dalam jumlah dos yang berbeza (0.5% (PF1), 0.83% (PF2) dan 1.17% (PF3)/BB) dan kumpulan Lv telah diberikan dos rawatan lovastatin (20 mg/kgBB). Kumpulan N telah diberikan diet normal, sementara 5 kumpulan yang lain (HC, PF1, PF2, PF3, and Lv) telah diberikan diet normal yang telah ditambah dengan 1% kolesterol dan 0.1% asid kolik, 30 g sehari. Kajian ini telah dilakukan selama 11 minggu. Sebanyak 10 ml darah telah diambil melalui penebukan kardiak sebanyak 4 kali sepanjang kajian dijalankan, iaitu minggu 0, 1, 3 dan 5 selepas rawatan diberikan. Profil lipid plasma boleh ditentukan dengan menggunakan mesin “chemistry auto-analyzer”. Keputusan analisis menunjukkan komposisi proksimat bagi buah pitaya merah adalah 87.3 ± 0.02% kelembapan, 0.70± 0.03 g abu, 0.16 ± 0.02 g protein, 0.23 ± 0.03 g lemak, 10.10 ± 0.25 g fiber kasar dan 1.48 ± 0.15 g karbohidrat. Kandungan flavonoid dalam pitaya merah, menunjukkan kandungan tertinggi adalah mirisitin (7.23 ± 0.86 µg), quersitin (6.81 ± 0.76 µg), kaempferol (3.09 ± 0.26 µg), apigenin (2.01 ± 0.18 µg), luteolin (1.06 ± 0.11 µg) dan rutin (1.03 ± 0.09 µg). Bagi kandungan mineral pula, pitaya merah kaya dengan kandungan kalium (56.96 ± 0.02 mg), natrium (50.15 ± 0.10 mg), magnesium (28.30 ± 0.97 mg), fosforus (23.00 ± 0.04 mg), zink (13.87± 0.68 mg), kalsium (5.70 ± 0.08 mg), ferum (3.40 ± 0.25 mg) dan kuprum (0.031 ± 0.004 mg). Pitaya merah juga kaya dengan vitamin C (525.32 ± 3.09 mg), B3 (513.78 ± 6.53 µg), B1 (48.90 ± 1.56 µg), B2 (40.75 ± 3.47 µg), B6 (20.57 ± 7.23 µg) dan B12 (15.61 ± 1.89 µg). Bagi kajian in-vivo pula, keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan perubahan berat badan dan pengambilan makanan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Kumpulan PF3 menunjukkan pertambahan berat badan (8.15%) dan pengambilan makanan (6.09%) yang paling rendah berbanding dengan kumpulan lain. Aras jumlah kolesterol pula menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05) bagi kumpulan diet pitaya merah dan rawatan lovastatin. Aras min jumlah kolesterol (TC) bagi kumpulan PF1 menurun kepada 46.73%, kumpulan PF2 (56.71%), kumpulan PF3 (59.01%) dan kumpulan Lv (54.33%) berbanding dengan minggu 0 (“baseline”). Aras TC bagi kumpulan kawalan N (5.05%) dan HC (13.86%) tidak menunjukkan sebarang perbezaan min yang signifikan (p<0.05). Aras min trigliserida (TG) bagi kesemua kumpulan menunjukkan penurunan yang signifikan dengan nilai 21.26% (kumpulan HC), 34.03% (kumpulan PF2), 48.32% (kumpulan PF3), 46.19% (kumpulan Lv), 42.83% (kumpulan PF1) dan 23.86% (kumpulan N) berbanding dengan minggu awal kajian. Aras min lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) meningkat sebanyak 2.10% (kumpulan N), 19.24% (kumpulan PF1), 24.74% (kumpulan PF2), 29.34% (kumpulan Lv) dan peningkatan min HDL yang paling tinggi adalah bagi kumpulan PF3 (34.25%). Aras min lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) menurun sebanyak 75.82% (kumpulan PF3), 74.36% (kumpulan PF2), 71.95% (kumpulan Lv) dan 60.55% (kumpulan PF1), tetapi bagi kumpulan N (11.27%) dan HC (20.99%) menunjukkan peningkatan nilai min LDL. Bagi status antioksidan keseluruhan (TAS), kumpulan Lv (22.93%) menunjukkan nilai min TAS yang paling tinggi selepas rawatan, diikuti oleh kumpulan PF3 (18.46%), PF1 (12.45%), PF2 (11.99%), dan N (0.49%). Nilai aras malondialdehid plasma (MDA) dalam kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan aras MDA yang paling rendah dengan peningkatan sebanyak 6.44% bagi kumpulan N, 7.47% (kumpulan PF3), 9.85% (kumpulan Lv), 11.09% (kumpulan PF1) dan 10.40% (kumpulan PF2). Kumpulan HC menunjukkan penurunan nilai min TAS (12.13%) dan mengalami peningkatan aras MDA (28.97%), ini adalah disebabkan oleh kehadiran kepekatan LDL dan TC yang tinggi dalam plasma. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, pengambilan diet buah pitaya merah sebanyak 500g boleh dicadangkan bagi menurunkan aras TC, LDL, TG dan MDA, dan membantu meningkatkan aras HDL dan TAS. Ini secara tidak langsung menjadikan pengambilan buah pitaya merah boleh membantu dalam mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.

Item Type:Thesis (Masters)
Chairman Supervisor:Associate Professor Rokiah Binti Mohd Yusof, PhD
Call Number:FPSK(M) 2006 2
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
ID Code:104
Deposited By: Khairil Ridzuan Khahirullah
Deposited On:14 May 2008 19:23
Last Modified:27 May 2013 06:45

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.