Simple Search:

Hubungan Motivasi dengan Perilaku Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Dwibahasa Peribumi Sarawak


Citation

Yahya Sawek, Radna Wismawati Muhibah (2010) Hubungan Motivasi dengan Perilaku Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Dwibahasa Peribumi Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Dalam pembelajaran bahasa, sebab-musabab pelajar mempelajari sesuatu pengetahuan baru sering dikaitkan dengan motivasi. Sehubungan itu, kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan motivasi dengan perilaku pembelajaran Bahasa Melayu pelajar dwibahasa peribumi di bahagian Samarahan, Sarawak. Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar peribumi tingkatan empat di dua buah sekolah yang terpilih iaitu sekolah pencapaian rendah (SMK Tarat) kategori luar bandar sebanyak 85 orang dan sekolah pencapaian sederhana (SMK Wira Penrissen) kategori pinggir bandar sebanyak 143 orang. Kajian tinjauan dijalankan secara intensif ke atas satu unit masyarakat sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti motif yang mendorong pelajar dwibahasa peribumi Sarawak bertindak menerima atau menolak pembelajaran B2. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti faktor yang mendorong motivasi pelajar dwibahasa peribumi Sarawak ke arah pencapaian yang lebih tinggi dalam B2. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan faktor yang dapat mempengaruhi motivasi tugasan B2 dan menghuraikan perilaku pembelajaran B2 mereka. Data kajian dikumpul melalui teknik pemerhatian, temu bual dan soal-selidik. Kajian ini menggunakan Teori Operant Skinner yang tergolong dalam teori pembelajaran pembentukan kebiasaan dengan gagasan utamanya ialah rangsangan dan gerak balas. Teori pembelajaran ini menggunakan model latihan yang dikukuhkan, pembelajaran dan perubahan tingkah laku. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara motivasi dengan perilaku pembelajaran bahasa kedua pelajar dwibahasa peribumi Sarawak. Hal ini jelas dibuktikan dengan kebenaran hipotesis penyelidikan bahawa terdapat kekuatan hubungan positif teguh antara motivasi dengan perilaku pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar dwibahasa.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2010_3_A.pdf

Download (678kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Education, Bilingual - Sarawak - Case studies
Subject: Motivation (Psychology)
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Sarawak
Call Number: FBMK 2010 3
Chairman Supervisor: Associate Professor Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: kmportal
Date Deposited: 25 Mar 2011 08:14
Last Modified: 27 May 2013 15:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10350
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item