Ismail, Jamilah (1994) Kajian Percambahan dan Kultur In Vitro Enau (Arenga Pinnata). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 889Kb |
Abstract
Kajian ke arah mengekalkan germplasma enau (Arenga pinnata) melalui kaedah in vitro telah dijalankan memandangkan tumbuhan yang berpotensi ini semakin pupus akibat penerokaan tanah. Penyelidikan yang telah dijalankan meliputi kaedah pra-perlakuan percambahan biji benih bagi mendapatkan sumber eksplan untuk kajian selanjutnya, penentuan kombinasi pengawalatur pertumbuhan yang sesuai untuk memperolehi anak benih, pembentukan kalus daripada pengkulturan berbagai jenis eksplan dan pembentukan embrio soma daripada kalus yang terbentuk daripada pengkulturan embrio. Bagi kajian pra-perlakuan percambahan biji benih, kajian telah dijalankan di rumah kaca dan di makmal. Perlakuan termasuklah pemotongan biji benih di bahagian hujungnya, biji benih direndam di dalam air panas (100°C) selama 10 dan 30 minit, biji benih direndam di dalam H2S04 pekat selama 10 dan 30 minit dan penggoresan di lapisan endokarpa biji benih di bahagian berhampiran embrio. Penggoresan di lapisan endokarpa biji benih didapati memberikan peratus percambahan biji benih yang tertinggi iaitu sebanyak 84 % (di rumah kaca) dan 80% (di makmal).
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Forest genetic resources conservation |
| Subject: | Forest plants - Preharvest sprouting |
| Subject: | Germination |
| Chairman Supervisor: | Dr. Saleh b. Kadzimin |
| Call Number: | FP 1994 5 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Agriculture |
| ID Code: | 10347 |
| Deposited By: | Mohd Nezeri Mohamad |
| Deposited On: | 25 Mar 2011 08:25 |
| Last Modified: | 25 Mar 2011 08:29 |
Repository Staff Only: item control page